Wednesday, 19 February 2014

Petua Menghilangkan Jerawat

Assalamualaikum.

Baru petang tadi saya dapat update entri dalam bulan ni. Bukan kerana tiada idea tapi disebabkan oleh Wifi di sini yang agak terbatas untuk saya online apatahlagi blogwalking. Entri ni pun saya draft dalam laptop dulu, kemudian baru saya copy masuk ke sini. Okay2, kita berbalik ke tajuk entri ye.

Masing-masing mesti ada tips kecantikan dan awet muda yang diamalkan sendiri. Seperti saya jugalah, saya pun ada tips kecantikan dan awet muda saya sendiri. Saya mula kenal mengenai dunia mekap dan penjagaan diri sejak umur 13 tahun lagi. Awalkan? Mestilah, sebab dulu saya banyak berkawan dengan kakak senior. Jangan disangka umur semuda saya ni tak boleh berkawan dengan kakak senior. Antara kepentingan bila kita berkawan dengan kakak senior ni, kita akan dapat mengelakkan diri kita sendiri daripada dibuli oleh diorang. Yup sejujurnya saya bagitau yang saya tak pernah dibuli malahan dapat lebih banyak kakak angkat lagi adalah. Untungkan. Jadi, kepada kawan-kawan semua janganlah sombong dengan sesiapa pun sama ada senior ataupun junior.

Bila kita dah berkawan dengan kakak-kakak senior ni, semestinya ilmu mengenai tips kecantikan dan awet muda akan mencurah-curah dapat kepada saya. Walaupun mencurah-curah ilmu tu tapi tiada satu pun yang saya amalkan. Hanya seketul dua tips saje yang saya ikut.haha bukan tak mahu ikut, tetapi tips tu tidak sesuai dengan saya. Tidak semua tips yang kita boleh ikut. Jadi pandai-pandailah kita mencarinya.

Antara tips yang saya amalkan dulu dan sekarang ialah :

1. Ketika di alam persekolahan, saya akan pastikan setiap malam saya akan pakai bedak sejuk ataupun bedak batu benang sila. Ikut suka saya nak pakai yang mana satu. Jika saya rasa nak pakai bedak sejuk pada malam tu, saya akan pakai bedak sejuk dan juga sebaliknya. Tetapi tidaklah pakai dua-dua bedak ni dalam satu masa. Dulu saya pakai bedak sejuk yang jenis putih. Sekarang ni pun saya masih amalkan bedak sejuk tetapi sekarang ni bedak sejuknya dah upgrade warna dan jenisnya. Maksud saya, sekarang ni saya guna bedak sejuk Tanaka. Saya suka guna bedak sejuk Tanaka ni, muka saya akan jadi halus dan putih. Tapi korang jangan pula berhenti pakai bedak sejuk Tanaka ni secara mengejut, ini kerana jika korang berhenti pakai bedak sejuk Tanaka ni, kulit korang akan jadi kering. Jika korang nak hentikan penggunaannya, pakai bedak sejuk warna putih dalam beberapa hari dan kemudian korang boleh hentikan penggunaan kedua-dua bedak sejuk ni. Tetapi jika korang nak hentikan penggunaan bedak sejuk yang warna putih secara berterusan ataupun secara tiba-tiba, tidak mengapa kerana ia tidak akan mengeringkan kulit wajah korang. Ingat tu.

2. Saya tidak pernah menggunakan sabun badan untuk cuci muka saya. No, no, no! Jangan sesekali lakukan ye kawan-kawan. PH kulit badan dan PH kulit wajah tidak sama. Malahan jika korang lakukan tabiat ini, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kalau dah habis pencuci muka korang sekalipun, mintalah sikit pencuci muka yang sama jenis daripada kawan-kawan korang. Kalau kawan-kawan pun kedekut juga, paksa diorang dengan kejam.haha tak adalah, saya gurau saje. Urmm pandai-pandailah korang bodek diorang. Saya masih ingat lagi ketika zaman sekolah dulu, pencuci muka saya dah habis dan kawan-kawan pula tak guna pencuci muka yang sama dengan saya. Jadi saya ambil ubat gigi untuk cuci muka saya.haha apa ke lawaknya saya ni kan. Nak buat camna, dah terpaksa dan terdesak. Kenangan macamnilah kadang-kadang yang membuatkan saya betul-betul rindu zaman persekolahan dulu. I miss my school.

3. Dulu ketika di alam persekolahan, sejujurnya jerawat sungguh baik hati untuk berkunjung ke muka saya tanpa sebarang lesen daripada saya. Bila dah tumbuh kutil-kutil degil ni, memang merimaskan. Bukan setakat rimas saje, tapi sakit. Bohonglah kalau mana-mana kulit perempuan tak pernah dihinggapi jerawat. Semua pernah kenalah. Sekarang ni, kulitku dah bebas jerawat. Korang nak tau bagaimana saya basmi kesemuanya? Baca tips di bawah ni daripada saya.

# Saya menggunakan kesemua produk Clearasil Ultra dan Clean & Clear untuk membasmi segala ibu dan anak-anak jerawat. Terus-terang saya bagitau, bila guna produk-produk ni membuatkan saya banyak kena tahan sakit. Sakit untuk cantik katakan. Kalau tak sakit, mana boleh cantik. Terutama sekali pabila saya kena bertarung kesakitan bila menggunakan produk Clearasil. Jerawat saya ni memang benci dengan produk Clearasil, sebab tu kesakitan meluap-luap pabila saya menggunakan Clearasil Ultra Vanishing Acne Treatment Cream ke atas jerawat-jerawat saya ni. Masa tu cuma cakap dalam hati "bertahanlah untuk harini kerana nanti jerawat akan mampus".haha Dalam sebulan saya menggunakan krim jerawat ni, jerawat batu dan segala anak-anak jerawat pun hilang. Seronok ok bila tengok muka ni dah tak ada jerawat. Rasa macam tak percaya. Jadi disebabkan keberkesanan krim jerawat Clearasil Ultra ni, saya akan sentiasa sapu krim ni ke atas jerawat yang cuba-cuba untuk tumbuh kembali. Oleh kerana jerawat dah tak sanggup diseksa oleh saya, sekarang ni mereka dah tak nak singgah ke muka saya lagi. Misi berjaya. Sekarang saya pengguna produk Garnier. Alhamdulillah sejak saya menggunakan produk Garnier selama 6 tahun, tiada masalah yang jadi pada muka saya. Dengan ekstrak lemon di dalam produk Garnier, ia bagus untuk menjaga kesihatan kulit muka. Yang penting, Garnier serasi dengan kulit muka saya.

4. Mungkin ada yang sedia maklum yang saya ni alergik buah limau dan seangkatan dengannya. Ye limau musuh nombor satu saya. "Say No To Orange!" Oleh kerana saya ni alergik dengan buah limau, jadi saya ambil insiatif untuk makan Maixara C-Sential yang mengandungi vitamin C, collagen dan glutathione. Sejak saya mengamalkan Maixara ni, segala masalah berkenaan jerawat dapat diatasi juga. Maixara ni berperisa strawberi, jadi sedap untuk dimakan. Saya tetap akan meneruskan pengambilan Maixara ni sebagai supplemen kesihatan dan kecantikan saya.

5. Jika kita bercakap mengenai awet muda ataupun dengan kata lain kulit nampak muda daripada usia sebenar, pasti semua orang menginginkannya. Awet muda ni bergantung kepada keturunan seseorang jua. Jika muka atok nenek kita dulu susah nak dimamah usia, insya-Allah anak-anak dan cucu-cucunya akan seperti mereka juga. Sebab itu, muka saya nampak seperti kebudak-budakan lagi.

6. Sentiasa solat lima waktu. Solat akan membuatkan muka saya berseri-seri kerana dengan air wuduk yang diambil itu tersimpan beribu rahsia kecantikan yang boleh dimiliki. Cuci muka setiap kali sebelum solat. Ini kerana saya nak muka saya sentiasa segar ketika solat. Jadi tak adalah rasa macam mengantuk ataupun malas-malas nak solat. Lagi satu, jangan lupa bila tiap kali kita ingin membasuh muka ketika mengambil air wuduk, kita hendaklah membaca berselawat. Dengan adanya selawat pada basuhan air muka tu, akan menyerikan lagi wajah kita.

7. Sentiasa senyum dan ceria. Tidak mudah melenting. Jika saya rasa seperti nak marah, saya tarik nafas perlahan-lahan dan hembus nafas perlahan-lahan juga. Buat seperti ini sehingga saya rasa tenang.

8. Saya selalu buat urutan kecantikan wajah. Saya akan selalu mencari pelbagai urutan kecantikan wajah di Google. Terdapat pelbagai jenis urutan kecantikan wajah yang pernah saya buat.

9. Tidur mesti cukup iaitu sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jika tidur tidak mencukupi, tekanan boleh terjadi. Bila tertekan, kedut-kedut di dahi pun makin menjadi.

10. Tidak mempunyai hasad dengki. Jika seseorang tu cantik, selalulah puji si cantik tu. Manalah tau Allah akan tambahkan lagi kecantikan wajah pada saya suatu hari nanti. Insya-Allah, Aamine.

1 comment:

  1. bagi yang masih tercari2 cara nak hilangkan kesan parut jerawat atau kesan berlubang dengan cepat (bergantung kekerapan mengamalkannya) boleh rujuk sini

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=611578522268402&set=a.611578472268407.1073741832.147430552016537&type=1

    diharap dapat membantu semua :D

    ReplyDelete

Tentang Kami

Hi Para Pembaca...Kami Menyediakan Pelbagai Info Berkenaan Isu Semasa,Gosip Artis Dan Pelbagai Cerita Menarik Harap Anda Enjoy & Terima Kasih Kerana Menyokong Kami

Like Us