Friday, 28 February 2014

Lelaki Setia

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Read more ...

Bayi Berusia Setahun Lebih Maut Dijaga Pengasuh

KUALA LUMPUR 1 Mac - Seorang bayi berusia setahun lapan bulan maut ketika dalam jagaan pengasuh di Desa Setia Wira, Jalan Buku Lima, Datuk Keramat, di sini.
Menurur Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, bayi lelaki itu difahamkan telah dihantar ibunya untuk dijaga pengasuh terbabit sejak tiga bulan lalu.
"Semalam, ibu mangsa menghantar bayi itu seperti biasa sekitar pukul 7.45 pagi namun beberapa jam selepas itu, dia menerima panggilan mengatakan bayi itu dalam keadaa sesak nafas.
"Ibu mangsa diberitahu bayi itu telah tenat dan kebiruan pada muka. Apabila sampai k3 rumah pengasuh, wanita itu mendapati bayi berkenaan telah pengsan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kata Khari, mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan doktor telah mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia.
" Satu bedah siasat telah telah dijalankan pihak polis dan kami mengesyaki ada unsur-unsur jenayah terhadap punca kematian bayi ini.
"Setakat ini pihak polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan siasatan masih dijalankan lagi mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.
Katanya, mayat bayi brkenaan telah dibawa kembali oleh keluarga mangsa pulang ke kampung di Kuala Terengganu untuk disemadikan.
Read more ...

Resepi Masakan Arab - Lamb Sharks



Bahan-bahan: 
1 sudu makan minyak zaitun 
6 kambing Shanks 
12 eschalots  
8 ulas bawang putih, dicincang 
1 sudu teh jintan putih 
1 kayu manis  
4 bunga lawang 
1 oren, semangat dikupas menjadi jalur 
2 sudu pes tomato 
3 sudu makan sirap pekat delima  
Stok ayam 1L 
6 kering pokok ara, 
separuh 200g moghrabieh (mutiara leanne) 
Badam semulajadi 30g, panggang 

Salad Orange: 
2 oren 
1 lemon 
1/2 bawang merah 
50g zaitun Kalamata diadu, separuh 
2 sudu makan daun ketumbar 

Cara menyediakan:
1. Panaskan oven 160C. Panaskan minyak dalam periuk kaserol dengan api sederhana, Shanks kemudian coklat, dalam 2 kumpulan, selama 5 minit atau sehingga perangan seluruh. Diketepikan. 

2. Tambah eschalots, bawang putih, rempah dan semangat oren, dan kacau selama 5 minit atau sehingga eschalots adalah warna perang. Tambah pes tomato, sirap pekat delima, saham dan ara. Kembali kambing untuk basi, masak sehingga mendidih, kemudian tutup dengan tudung dan pemindahan ke oven. Masak selama 2 jam atau sehingga daging menarik dari tulang dengan mudah, masa akan bergantung kepada saiz Shanks. 

3. Setengah jam sebelum kambing dimasak, masak moghrabieh dalam periuk air masin mendidih selama 15 minit atau sehingga hampir tender. Longkang dan menyimpan panas. 

4. Sementara itu, bagi salad oren, oren dan limau segmen (lihat nota). Potong segmen pada separuh, letakkan dalam mangkuk, kemudian memerah jus lebih daripada membran. Bilas bawang di bawah air dan memerah kering. Tambah ke mangkuk dengan buah zaitun dan ketumbar, dan melambungkan untuk menggabungkan.

5. Skim lemak berlebihan daripada cecair memasak kaki, berselerak dengan badam, kemudian berkhidmat Shanks dan cecair dengan moghrabieh dan salad oren.
Read more ...

Daun Inai - Khasiatnya

Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.


Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.
Read more ...

Kematian - Persediaan Menempoh Hari Kematian

Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.

Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.




Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAMApabila sah matinya
1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :
Hendaklah kita ucapkan :
2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
3. Rapatkan kedua belah matanya.
4. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
5. Rapatkan mulutnya.
6. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
7. Luruskan kakinya.
8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
9. Letakkan di tempat yang tinggi.
10. Hadapkan ke Qiblat.

Mengurus Jenazah
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.




Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
1. Memandikannya.
2. Mengkafankan jenazah.
3. Solat ke atas jenazah.
4. Mengebumikannya.

Orang yang berhak menguruskan Jenazah
Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya
1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.

Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.

3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
5. Urusan menggali kubur.
6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
8. Ucapan takziah.

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah
1. Sifat berani.
2. Sabar.
3. Amanah.
4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah
1. Sediakan tempat mandi.
2. Sabun mandi.
3. Air daun bidara.
4. Air bersih.
5. Sugi - 7 batang.
6. Sarung tangan - 3 atau 5.
7. Sedikit kapas.
8. Air kapur barus.
9. Baldi serta gayong.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa
2. Gunting
3. Kapas
4. Cendana
5. Kapur barus
6. Air mawar
7. Minyak wangi (Minyak Attar)
8. Tikar jerami
9. Bantal (dari daun pandan)
10. Tempat mandi yang khas.

Cara memandikan Jenazah
1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
4. Sediakan air sabun.
5. Sediakan air kapur barus.
6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
14. Siram sebelah kanan 3 kali.
15. Siram sebelah kiri 3 kali.
16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20. Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula
dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya.
Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
21. Siram dengan air sembilan.
22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.


Cara-cara mengkafankan jenazah

Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.
Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.
Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.
Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.

Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.Solat Jenazah
Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang. Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki. Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat Jenazah
Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.

Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.




2. Rukun Solat Jenazah
Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya
dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan
iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam
3. Lafaz niat solat jenazah :
a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"
e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"
f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

a. Takbir yang pertama :
Membaca lafaz :
Allahu Akbaru (Allah Maha Besar).
Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :
1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.
5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua.
Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :
"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

c. Takbir yang ketiga :
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati : "Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya
dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

d. Takbir yang ke empat.
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini: "Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orangorang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri.

Read more ...

Jep Sepahtu Enggan Jumpa Sharol Shiro

Alhamdulillah. Abang Nara suka dengan usaha Sharol Shiro ingin menjernihkan hubungannya yang telah keruh dengan Jep Sepahtu. Kemelut yang melanda mereka berdua ini bermula sejak MLM2013 yang lalu dan sehingga ke hari ini masih belum ada penyelesaian. Namun kalau sudah ada niat untuk berbaik semula pun dah kira cukup baik bagi pandangan Abang Nara.
sharol shiro
Melalui penjelasan Sharol di Harian Metro hari ini, cara kerja mereka berdua yang berbeza menyebabkan berlakunya perang dingin ini sedangkan hubungan mereka sebelum ini agak rapat. Terang Sharol:-
Sebenarnya isu saya dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar besarkan oleh sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.
Bagaimanapun penyertaan dalam MLM mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu.
Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari situlah tercetus isu perang dingin. Segelintir peminat turut terpengaruh. Apa pun saya taknak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin.
sharolMenariknya Sharol dan Jep rupanya telah mengenali antara satu sama lain sejak ujibakat Raja Lawak musim ke 3. Ketika itu Sharol gagal manakala Jep berjaya. Kata Sharol lagi:-
Buat masa ini Jep memang enggan jumpa saya, tapi saya akan tetap berusaha untuk bertemunya. Di pihak saya memang bersedia kalau ada salah. Bayangkan saya kenal dia sejak uji bakat RL3 dan sayangkan hubungan ini.
Kami sama-sama cuba nasib tapi saya gagal. Apabila Sepah bertanding, saya adalah penyokong kuat mereka. Jadi saya memang mengharapkan segala-galanya pulih seperti sediakala dan berharap Jep positif untuk menyelesaikan perbalahan ini.
Insya Allah niat yang baik akan dipermudahkan. Lagipun Jep dan Sharol kedua-duanya sedang mencipta nama dalam dunia lawak tempatan. Tak cantik dan tak moleklah kalau bergaduh sebegini. Abang Nara rasa kalau mereka berdua bergabung untuk satu program mesti akan meletup punya. Dua-dua pun otak lawak tahap tertinggi. Mesti menarik kan? Harap-harap ada pihak yang sudi menggabungkan mereka satu hari nanti.
Read more ...

Thursday, 27 February 2014

Hanez Suraya Mohon Maaf

Ohooooo ~~~ Adakah dengan permohonan maaf daripada Hanez Suraya ini bermakna yang teman lelakinya masih suami orang dan bukan seorang duda seperti yang digembar-gemburkan? Jeng, jeng, jeng. Nampak gayanya makin hangat kemelut yang melanda Hanez. Agak pelik juga mengapa wanita secantik Hanez memilih lelaki yang sedang/pernah berkahwin untuk dijadikan kekasih hati.
kekasih hanez suraya lelaki orang
Rasanya masih banyak lelaki di luar sana yang single dan tidak pernah menjadi suami orang. Apa pun dengan kenyataan maaf ini, semoga hati pihak yang terluka sedikit sebanyak sembuh. Kata Hanez Suraya menerusi Harian Metro hari ini:-
Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini. Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarnag.
Saya juga tak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri. Apa juga berlaku, biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu.
hanez suraya suami orang
Sepatutnya satu sidang media diadakan semalam untuk menjelaskan mengenai kontroversi ini namun sidang media tersebut terpaksa ditunda atas sebab tertentu kepada hari Rabu atau Khamis depan. Hmmmmmm. Kalaulah betul kekasih Hanez Suraya masih berstatus suami orang, memang boleh perang dingin dibuatnya. Namun apa-apa pun, kita sama-samalah tunggu penjelasan daripada pihak yang terbabit. Jangan kerana kontroversi ini Hanez tak jadi kahwin sudah lah. Kang tak pasal-pasal gagal dalam percintaan lagi.

Read more ...

Tentang Kami

Hi Para Pembaca...Kami Menyediakan Pelbagai Info Berkenaan Isu Semasa,Gosip Artis Dan Pelbagai Cerita Menarik Harap Anda Enjoy & Terima Kasih Kerana Menyokong Kami

Like Us